WAKTU SOLAT

dalam hidup ini jangan lah kita bersedih,kerana Allah selalu ada dengan kita.

MENU BAR

  • CARI
  • Isnin, 2 Julai 2012

    KATA-KATA HIKMAH PENGUBAT HATI YANG SEDIH



                                               
                                   .....KATA-KATA HIKMAH PENGUBAT HATI YANG SEDIH....

    • Jangan......
      sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.



      Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
      Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
      Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.


      Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
      Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

      {pesanan}-jangan lah kita  menjadi diri orang lain,jadilah diri kita sendiri.Kerana yang mencorakkan masa depan kita adalah kita sendiri.Ingat pada yang Maha esa,berdoalah selagi kita mampu semoga
      HATI KITA TIDAK BERSEDIH LAGI.

    Ahad, 1 Julai 2012